Feb 28, 2008

Thiss week

Minggu ni aku accident.
Alhamdulillah xdeape2.


lunan zikir memuji keagungan Ilahi dan kebesaran junjungan Nabi Muhammad s.a.w menjadi tarikan bagi Kerk Shiau Phin untuk memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.

Menurutnya, jiwa dan hatinya akan menjadi tenang tatkala mendengar alunan zikir, selawat dan lagu-lagu nasyid. Keunikan Islam inilah yang membuatkannya bertekad untuk menjadi penganut agama Islam yang sejati.

“Amalan-amalan yang terdapat dalam ajaran Islam seperti puasa dan solat membuatkan saya tertarik untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam,” kata Shiau Phin atau nama Islamnya Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin.

Menurut penuntut tahun tiga Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini, sepanjang penghijrahannya sebagai Muslim lima tahun lalu, pelbagai ujian terpaksa dilalui untuk bergelar muslim sejati.

“Setiap ujian yang datang itu adalah daripada Allah dan saya menerima setiap ujian itu sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

“Sepanjang tempoh lima tahun ini, saya cukup mengerti maksud ayat dalam surah al-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba-Nya melainkan dengan usaha hamba itu sendiri.

“Percayalah bahawa Allah akan mengurniakan kepada kita nikmat yang kita tak sangka-sangka setelah kita berjaya mengharungi setiap pahit getir dari-Nya,” katanya yang memeluk Islam ketika berusia 18 tahun.

Tambah Wahyuni lagi, dia sentiasa mengingati dirinya bahawa hidup di dunia ini hanya bersifat sementara dan di sinilah tempat untuk mencari dan mengumpul bekalan menuju akhirat yang kekal abadi.

Menurut anak kelahiran Muar ini, pelbagai cabaran yang perlu diharungi sepanjang bergelar saudara baru.

“Bapa saya merupakan penganut agama Buddha yang kuat. Jadi apabila saya menukar agama, dan saya juga seperti saudara baru yang lain di mana saya tak lari daripada menghadapi tentangan daripada keluarga.

Lebih yakin dan tabah

“Saya dipinggirkan oleh ahli keluarga pada permulaannya tetapi berkat doa pada-Nya yang tidak kenal erti putus asa, akhirnya kini mereka mula boleh menerima sedikit demi sedikit tentang hakikat saya menjadi muslimah,” katanya.

Menurutnya lagi, pelbagai masalah yang perlu dihadapi seperti kewangan, kekangan masa untuk mendalami ilmu agama dan penerimaan rakan-rakan sebangsa sepanjang lima tahun ini.

“Dengan sokongan sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah menjadikan saya lebih yakin dan tabah untuk menghadapi segala cabaran hidup selepas bergelar muslimah,” katanya.

Beliau memeluk Islam pada Disember 2003 ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).

Pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan oleh gadis ini adalah dihina oleh seseorang pegawai agama apabila dia ingin memohon bantuan zakat.

Menurutnya, pegawai tersebut bukan sahaja menyindir dia masuk Islam kerana kahwin semata-mata malah turut bertanya adakah dia layak untuk menerima zakat.

Katanya, peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat saya tetapi ia membuatkan saya terfikir bahawa Allah s.w.t maha mengetahui apa yang dilakukan hamba-Nya. Dan setiap amalan di dunia ini akan dihitung di akhirat.

“Walaupun saya sedih dan kecewa dengan layanan pegawai agama itu kepada saya, namun saya menganggap tindakan pegawai itu sebagai ujian Allah kepada saya kerana Allah mahu menguji kesabaran saya dalam menghadapi dugaan daripada-Nya.

“Sebagai seorang Muslim, kita harus menjaga imej Islam kerana orang bukan Islam tidak mampu menjatuhkan imej Islam melainkan orang Islam itu sendiri,” ujarnya.

Menurut Wahyuni, ajaran Islam tidak boleh disamakan dengan ajaran matematik.

“Contohnya dalam pengiraan matematik kita tahu bahawa 3-2 =1. Tetapi dalam ajaran Islam 3-2 = 0 kerana Islam itu menyeluruh. Ia merangkumi keseluruhan hidup kita di dunia ini,” jelasnya.

Sebagai seorang Muslim sejati, kata Wahyuni, kita mesti berpegang teguh pada Al-Quran dan sunah agar mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja di dunia dan di akhirat.

Lantaran itu, Wahyuni mengajak seluruh umat Islam agar sentiasa bermuhasabah diri dan berharap agar kita semua hidup dengan berpegang teguh pada ajaran Islam yang sebenar.

“Ini supaya kita tidak menyesal di hari kemudian,” katanya lagi.

2 comments:

  1. sidek .. accident???
    xtau puuunn :(

    ReplyDelete
  2. hehe. xyah la nak sebar2 kan cite tu. xde la teruk sgt.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails