Mar 14, 2008

Askar Amerika mengaku bunuh kanak-kanak Iraq

BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat mengaku membunuh seorang budak perempuan Iraq berusia 10 tahun ketika melakukan rondaan di wilayah Diyala yang bergolak, kelmarin.

Askar penceroboh itu memberi alasan kejadian itu berlaku selepas mereka melepaskan tembakan amaran ke sasaran berhampiran seorang wanita yang mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan tentera meronda di kawasan di utara Baghdad yang menjadi tempat bom diletakkan sebelum ini. Askar kami melepaskan tembakan amaran ke satu tembok berhampiran wanita yang kelihatan seperti memberi isyarat kepada pihak tertentu," kata jurucakap tentera Amerika, Don Meyers dalam satu kenyataan, semalam.

"Apa yang kami temui, seorang budak perempuan di belakang tembok itu cedera akibat tembakan."

Tentera Amerika mendakwa askarnya segera memberi rawatan perubatan, tetapi mangsa kecil itu mati dalam perjalanan ke hospital.

"Budak itu mungkin berusia 10 tahun,' kata Mejar Jeneral Brad Leighton, seorang jurucakap tentera.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails