May 12, 2008

Ape? Runtuh lg?

MUAR: Selepas dikejutkan dengan hakisan jalan sepanjang 100 meter di tebing Sungai Muar dekat pekan Panchor, tiga minggu lalu, penduduk di sini sekali lagi cemas apabila jeti konkrit yang baru dibina di Kampung Pengkalan Kota, kira-kira 50 kilometer dari pekan itu pula runtuh, malam Jumaat lalu.

Malah, ini kali kedua jeti konkrit di kampung itu runtuh selepas kejadian pada Februari tahun lalu. Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu itu, sebahagian tebing sungai berdekatan jeti berkenaan turut terhakis.

Beberapa penduduk berkata, jeti baru itu mula digunakan kira-kira tujuh bulan lalu, menggantikan jeti yang runtuh pada Februari tahun lalu akibat hakisan selepas banjir besar pada akhir 2006.

sumber:berita harian.
# Isnin, 12 Mei 2008
# 6 Jamadilawal 1429

2 comments:

  1. haha..mmg confirm ko xleh balik tgk awek d kg hehe

    ReplyDelete
  2. ade jalan lain xpe. muahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails