Dec 2, 2008

Poor nenek

Ada seorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung.Keadaannya semakin hari semakin teruk. Cucunya, Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu, dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian, Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk membaca wasiat daripada nenek tersebut.Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan diakhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain ayatnya ialah...“Din, kau janganlah berdiri atas wayar oksigen aku tu”.

Source:forum lowyat

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails