Feb 28, 2008

Thiss week

Minggu ni aku accident.
Alhamdulillah xdeape2.


lunan zikir memuji keagungan Ilahi dan kebesaran junjungan Nabi Muhammad s.a.w menjadi tarikan bagi Kerk Shiau Phin untuk memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.

Menurutnya, jiwa dan hatinya akan menjadi tenang tatkala mendengar alunan zikir, selawat dan lagu-lagu nasyid. Keunikan Islam inilah yang membuatkannya bertekad untuk menjadi penganut agama Islam yang sejati.

“Amalan-amalan yang terdapat dalam ajaran Islam seperti puasa dan solat membuatkan saya tertarik untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam,” kata Shiau Phin atau nama Islamnya Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin.

Menurut penuntut tahun tiga Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini, sepanjang penghijrahannya sebagai Muslim lima tahun lalu, pelbagai ujian terpaksa dilalui untuk bergelar muslim sejati.

“Setiap ujian yang datang itu adalah daripada Allah dan saya menerima setiap ujian itu sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

“Sepanjang tempoh lima tahun ini, saya cukup mengerti maksud ayat dalam surah al-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba-Nya melainkan dengan usaha hamba itu sendiri.

“Percayalah bahawa Allah akan mengurniakan kepada kita nikmat yang kita tak sangka-sangka setelah kita berjaya mengharungi setiap pahit getir dari-Nya,” katanya yang memeluk Islam ketika berusia 18 tahun.

Tambah Wahyuni lagi, dia sentiasa mengingati dirinya bahawa hidup di dunia ini hanya bersifat sementara dan di sinilah tempat untuk mencari dan mengumpul bekalan menuju akhirat yang kekal abadi.

Menurut anak kelahiran Muar ini, pelbagai cabaran yang perlu diharungi sepanjang bergelar saudara baru.

“Bapa saya merupakan penganut agama Buddha yang kuat. Jadi apabila saya menukar agama, dan saya juga seperti saudara baru yang lain di mana saya tak lari daripada menghadapi tentangan daripada keluarga.

Lebih yakin dan tabah

“Saya dipinggirkan oleh ahli keluarga pada permulaannya tetapi berkat doa pada-Nya yang tidak kenal erti putus asa, akhirnya kini mereka mula boleh menerima sedikit demi sedikit tentang hakikat saya menjadi muslimah,” katanya.

Menurutnya lagi, pelbagai masalah yang perlu dihadapi seperti kewangan, kekangan masa untuk mendalami ilmu agama dan penerimaan rakan-rakan sebangsa sepanjang lima tahun ini.

“Dengan sokongan sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah menjadikan saya lebih yakin dan tabah untuk menghadapi segala cabaran hidup selepas bergelar muslimah,” katanya.

Beliau memeluk Islam pada Disember 2003 ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).

Pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan oleh gadis ini adalah dihina oleh seseorang pegawai agama apabila dia ingin memohon bantuan zakat.

Menurutnya, pegawai tersebut bukan sahaja menyindir dia masuk Islam kerana kahwin semata-mata malah turut bertanya adakah dia layak untuk menerima zakat.

Katanya, peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat saya tetapi ia membuatkan saya terfikir bahawa Allah s.w.t maha mengetahui apa yang dilakukan hamba-Nya. Dan setiap amalan di dunia ini akan dihitung di akhirat.

“Walaupun saya sedih dan kecewa dengan layanan pegawai agama itu kepada saya, namun saya menganggap tindakan pegawai itu sebagai ujian Allah kepada saya kerana Allah mahu menguji kesabaran saya dalam menghadapi dugaan daripada-Nya.

“Sebagai seorang Muslim, kita harus menjaga imej Islam kerana orang bukan Islam tidak mampu menjatuhkan imej Islam melainkan orang Islam itu sendiri,” ujarnya.

Menurut Wahyuni, ajaran Islam tidak boleh disamakan dengan ajaran matematik.

“Contohnya dalam pengiraan matematik kita tahu bahawa 3-2 =1. Tetapi dalam ajaran Islam 3-2 = 0 kerana Islam itu menyeluruh. Ia merangkumi keseluruhan hidup kita di dunia ini,” jelasnya.

Sebagai seorang Muslim sejati, kata Wahyuni, kita mesti berpegang teguh pada Al-Quran dan sunah agar mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja di dunia dan di akhirat.

Lantaran itu, Wahyuni mengajak seluruh umat Islam agar sentiasa bermuhasabah diri dan berharap agar kita semua hidup dengan berpegang teguh pada ajaran Islam yang sebenar.

“Ini supaya kita tidak menyesal di hari kemudian,” katanya lagi.

Feb 15, 2008

Myspace Chinese Version

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

デスノート, Desu Nōto

Death Note (デスノート, Desu Nōto?) is a Japanese manga series created by writer Tsugumi Ohba and illustrator Takeshi Obata. The series primarily centers around a high school student who decides to rid the world of evil with the help of a supernatural notebook that kills anyone whose name is written in it.

Death Note was first serialized by Shueisha in the Japanese manga magazine Weekly Shonen Jump from the first issue in December 2003 to May 2006, with 108 chapters in total. The series has been published in its entirety in 12 tankōbon volumes in Japan and in North America. The series has been adapted into a pair of live-action films released in Japan on June 17, 2006 and November 3, 2006, and an anime series which aired in Japan from October 3, 2006 to June 26, 2007. Also, a novelization of the series, written by light novelist Nisio Isin, was released in Japan on August 1, 2006.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Feb 12, 2008

Modul berhenti merokok

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Safar bulan bala kepercayaan karut jahiliah

SAFAR adalah bulan kedua dalam kalendar Islam. Dalam bahasa Arab, safar bermaksud kosong. Menjadi kebiasaan orang Arab, pada Safar mereka meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka kerana melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara dan berdagang.

Virus 'goda' Hari Kekasih

Berhati-hati apabila menerima mesej sempena Hari Kekasih dalam e-mel anda tahun ini. Pengguna komputer diberikan amaran supaya berwaspada dengan e-mel menggoda yang menjanjikan cinta abadi buat selama-lamanya tapi ia sebenarnya membawa virus siber yang sama seperti penyakit jangkitan kelamin.

Ulat jenis terbaru dalam internet itu dikenali dengan nama 'Storm', yang merosakkan puluhan juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakan pengguna tidak tahu komputer mereka 'dijangkiti' dan terus menghantar e-mel.

Pakar keselamatan internet cuba sedaya upaya membunuh 'Storm' tapi ia masih wujud dan sentiasa berada satu tahap di depan.

'Storm' diasaskan Januari tahun lalu dengan mesej biasa seperti berikut: '230 mati apabila ribut melanda Eropah'. Apabila pengguna internet klik pada fail yang dikepilkan untuk membaca lebih lanjut, mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka membenarkan penjenayah siber menguasai komputer mereka.

Feb 5, 2008

Kucing berpiano

Sex??

SEX

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya
kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..
Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran
lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan,
mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan
anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi
dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak
gadisnya yg bertanya itu..
Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya.
Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan
jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat
depannya (cover)..



NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Google kritik cadangan Microsoft beli Yahoo!

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Syarikat enjin carian Internet terbesar dunia, Google Inc. telah menuduh syarikat gergasi teknologi maklumat global, Microsoft Corp. menggunakan cadangan pengambilan alih Yahoo Inc. bernilai AS$42 bilion (RM135 bilion) sebagai langkah untuk mengawal Internet secara ‘tidak sah’ apabila dua pesaing rapatnya itu bergabung.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini menerusi laman web rasmi Google, Ketua Pegawai Undang-undangnya, David Drummond berkata, pembidaan pengambilan alihan Yahoo oleh Microsoft yang dibuat secara mendadak itu, telah menimbulkan pelbagai persoalan.

“Ini bukan merupakan transaksi kewangan biasa pengambilan alih sesebuah syarikat. Ia lebih merupakan pemeliharaan prinsip-prinsip asas Internet: keterbukaan dan inovasi.

“Sekarang, bolehkah Microsoft mencuba langkah sama yang ‘tidak sah’ untuk menguasai Internet, sama seperti yang telah dilakukannya terhadap komputer peribadi (PC)?” katanya.

Menurut beliau, Internet menyediakan persaingan sengit menerusi inovasi, namun Microsoft seringkali mahu memonopoli kepentingan dan kemudiannya menggunakan penguasaannya bagi meneroka ke pasaran-pasaran baru.

Kenyataan Drummond yang mewakili pandangan Google itu merupakan reaksi kepada cadangan pembidaan pengambilan alih Yahoo! oleh Microsoft yang disiarkan pada Jumaat lalu.

Agensi berita Associated Press (AP) melaporkan, kebimbangan Google itu bukan perkara yang mengejutkan kerana Microsoft melihat Yahoo sebagai senjata penting untuk menguasai pasaran enjin carian dan pengiklanan yang ketika ini dikuasai oleh Google.

Microsoft cuba bergabung dengan Yahoo bagi menarik minat pengiklan dan pengguna kerana kedua-kedua syarikat itu dilihat mampu bersaing secara efektif dengan Google, jika ia disatukan, lapor AP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails