Dec 8, 2010

Lawak bola

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.
Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

“Hoi! Bising la korang ni! Jangan main bola di dalam pesawat, bahaya!”,bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga kerana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk periksa ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! “Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?”

“Abisnya tak boleh main bola di
dalam kapal. jadi mereka main bola di luar.”

“Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?”

“Kan kami pemain simpanan….”

Source: LYN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails