KAJANG: Seorang warga emas terpaksa bertarung nyawa lebih satu jam meredah banjir kilat yang melanda rumahnya di Jalan Kelapa di sini, petang semalam.
Berikutan air yang melimpahi rumahnya terlalu deras, warga emas terbabit tidak dapat mengelak dihempap sebuah almari hingga menemui ajal kerana lemas.
Lebih menyayatkan hati, mangsa, Wong Yock Leng, 82, cuba menyelamatkan diri, namun tidak berjaya dan kejadian itu tidak disedari anggota keluarganya.
Air Sungai Kajang mula melimpah kira-kira jam 6.30 petang berikutan hujan lebat lalu memasuki rumah mangsa yang hanya 50 meter dari tebing sungai..
Source: myMetro 28 August 2008, Thursday
-----------------------------------------------------------------------------------
My office mate and I stuck in traffic jam after back from dinner at Village View. The road that we used for daily route, Jalan Reko was badly affected by this flash flood and causing massive traffic jam.
Showing posts with label News. Show all posts

Aug 28, 2008
May 28, 2008
Masuk berita lagi?
MUAR: Sekurang-kurangnya lapan kenderaan terbabas di lokasi sama dalam tempoh kira-kira tiga jam, dipercayai akibat kerja membaiki jalan yang dipenuhi batu kerikil dalam kejadian di Batu 8, Jalan Muar-Tangkak, berhampiran Bukit Kangkar, di sini, kelmarin.
Dua hari lalu, dua kereta turut bertembung di lokasi sama menyebabkan seorang wanita maut, manakala rakannya serta lima sekeluarga cedera.
Bagaimanapun dalam kejadian antara jam 8 malam hingga jam 11 malam itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Kejadian terbaru bermula kira-kira jam 8 malam apabila sebuah kereta terbabas sebelum diikuti beberapa lagi kereta dalam tempoh beberapa jam saja.
TAJUK:Laluan perangkap maut
SUMBER:myMetro 28 Mei 2008
*Asal masuk berita je yg x best.

Labels:
News
May 9, 2008
Apr 21, 2008
Seperti ditelan bumi
Pekan panchor dah runtuh? abis la xleh balik kg.
sumber:harianmetro
MUAR: Seperti ditelan bumi. Itu gambaran yang terjadi di sekitar pasar malam Pekan Panchor di sini, petang semalam.
Ini berikutan permukaan jalan raya di tebing Sungai Muar runtuh sepanjang kira-kira 100 meter menyebabkan sembilan kenderaan penjaja terperangkap dan lebih 500 pengunjung dan peniaga bertempiaran menyelamatkan diri sambil menjerit.
Pengunjung dari pekan itu dan kawasan sekitar sibuk membeli-belah di pasar malam terbabit ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang.
Sembilan kenderaan iaitu lima van, sebuah lori dan tiga kereta terperangkap dalam kejadian itu tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Apr 7, 2008
Perusahaan Makanan Sejuk Beku Aini
FAKTA: Perusahaan Makanan Sejuk Beku Aini
# Perusahaan Makanan Sejuk Beku Aini, Kampung Melayu, Panchor, Muar, diasaskan penubuhannya pada tahun 1980 dengan modal RM2,000.
# Kini berkembang pesat dengan modal pusingan RM250,000 dan jumlah pasaran bulanan RM30,000 sebulan.
# Menghasilkan lebih 20 produk makanan sejuk beku yang mendapat pasaran menggalakkan termasuk pasar tani dan dan pasar raya.
sumber:BHarian 7apr2008

Mar 21, 2008
Sebasu, Paya Redan dinaik taraf ke tahap GDW
MUAR 20 Mac – Kampung Sebasu dan Paya Redan yang terletak dalam mukim Pagoh dekat sini, bakal menerima limpahan pembangunan menyeluruh tidak lama lagi apabila bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi mencapai tahap Gerakan Daya Wawasan (GDW) yang dilaksanakan kerajaan.
Meskipun dilanda banjir pada akhir tahun 2006 sehingga menyebabkan lebih 600 penduduk dua kampung itu terpaksa dipindahkan namun pemilihan dua buah kampung itu dibuat berdasarkan kepadatan penduduk serta perumahan masyarakat di kawasan itu yang sesuai untuk dimajukan.
Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Jaffar berkata, program GDW di dua kampung itu adalah lanjutan daripada Gerakan Desa Wawasan yang ditubuhkan oleh Kementerian Luar Bandar pada tahun 1972 bagi membangunkan kawasan kampung di seluruh negara.
“Dalam Mesyuarat Tindakan Daerah baru-baru ini, kesemua 11 mukim di daerah ini dipilih untuk dinaik taraf manakala bagi kampung-kampung yang belum mencapai tahap GDW, maka mereka boleh mencadangkannya untuk dimajukan.
“Dua buah kampung yang dicadangkan oleh Penghulu Mukim Jorak dan Pagoh, iaitu Kampung Sebasu dan Paya Redan akan dibangunkan untuk mencapai tahap GDW tidak lama lagi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, terdapat sebanyak 94 kampung di daerah Muar yang mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan daripada jumlah tersebut hanya 30 peratus daripadanya berada dalam gred GDW mengikut penilaian Kemajuan Masyarakat (Kemas) Johor.
Daripada 30 peratus kampung GDW itu pula, katanya, hanya tiga buah kampung mendapat tahap gred A untuk program GDW iaitu Kampung Parit Bugis, Kampung Sarang Buaya dan Kampung Temiang.
Tambah beliau, baki kampung-kampung GDW lain itu hanya memiliki tahap penilaian gred B dan C dan untuk itu, sasaran jumlah kampung di seluruh Muar yang memperoleh tahap GDW akan ditingkatkan.
Sementara itu, tinjauan di sekitar Kampung Paya Redan dan Kampung Sebasu hari ini mendapati usaha menaik taraf beberapa kemudahan asas di kampung tersebut sedang giat dilaksanakan.
Antara kerja-kerja itu ialah naik taraf jalan masuk utama ke kampung itu yang membabitkan kerja-kerja melebarkan jalan serta baik pulih sistem perparitan di kawasan tersebut.
Selain itu, penduduk di kedua-dua kampung itu turut menghiasi bahu jalan di kawasan kediaman mereka untuk dimajukan termasuk dengan tanaman komersial seperti sayur-sayuran, makanan, ubat-ubatan dan landskap.
Penghulu Mukim Jorak dan Pagoh, Samad Jehat, 51, ketika ditemui berkata, penduduk Kampung Paya Redan terdiri daripada 1,200 orang manakala di Kampung Sebasu pula, terdapat seramai 990 orang penduduk yang bakal menerima limpahan pembangunan di kawasan itu melalui GDW.
Apa yang diharapkan melalui usaha naik taraf itu, katanya, ialah selain kemudahan asas yang sedia ada, pihaknya meminta supaya sebuah dewan serbaguna dibina di kampung tersebut.
“Ketika banjir dahulu, rata-rata penduduk terpaksa dipindahkan di Dewan Serbaguna Pagoh kerana kampung ini tidak mempunyai kemudahan tersebut,’’ katanya.
Ketua Kampung Sebasu, Jumaat Kosnan, 49, pula berkata, pemilihan kampung itu untuk menyertai program GDW disebabkan beliau ingin menyahut cabaran kampung itu untuk mencapai tahap GDW sebagaimana yang dipilih oleh Penghulu Mukim.
“Sebagai ketua yang baru berkhidmat lebih setahun di kawasan ini, saya ingin membawa pembaharuan kepada kampung ini dan ia sudah menjadi azam saya,’’ katanya.
Selain itu, kata beliau, jumlah komuniti di kampung itu yang tersusun membolehkan pembangunan masyarakat dan minda penduduk di kawasan itu dilaksanakan.
kredit oleh Utusan Malaysia Online

Mar 14, 2008
Askar Amerika mengaku bunuh kanak-kanak Iraq
BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat mengaku membunuh seorang budak perempuan Iraq berusia 10 tahun ketika melakukan rondaan di wilayah Diyala yang bergolak, kelmarin.
Askar penceroboh itu memberi alasan kejadian itu berlaku selepas mereka melepaskan tembakan amaran ke sasaran berhampiran seorang wanita yang mencurigakan di kawasan berkenaan.
"Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan tentera meronda di kawasan di utara Baghdad yang menjadi tempat bom diletakkan sebelum ini. Askar kami melepaskan tembakan amaran ke satu tembok berhampiran wanita yang kelihatan seperti memberi isyarat kepada pihak tertentu," kata jurucakap tentera Amerika, Don Meyers dalam satu kenyataan, semalam.
"Apa yang kami temui, seorang budak perempuan di belakang tembok itu cedera akibat tembakan."
Tentera Amerika mendakwa askarnya segera memberi rawatan perubatan, tetapi mangsa kecil itu mati dalam perjalanan ke hospital.
"Budak itu mungkin berusia 10 tahun,' kata Mejar Jeneral Brad Leighton, seorang jurucakap tentera.

Subscribe to:
Posts (Atom)